Tuesday, October 30, 2012

LETAKKAN BEBAN ANDA UNTUK SEKETIKA



Seorang pensyarah mengangkat segelas air dan bertanya kepada pelajarnya


“Anda semua teka berapa berat segelas air ini?”

Mahasiswa menjawab, mereka meneka dari 5 liter sampai 200 liter.

” Sebenarnya, jawapan anda, ada yang betul tapi apa yang hendak saya sampaikan hari ni ialah bukan masalah berat kandungannya, tapi bergantung berapa lama anda memegangnya.

Jika saya memegangnya selama 1 minit, tidak ada masalah. 
Jika saya memegangnya selama 1 jam, lengan kanan saya akan sakit. 
Dan jika saya memegangnya selama 1 hari penuh, mungkin anda harus memanggilkan ambulans untuk saya.
Beratnya sebenarnya sama, tapi semakin lama saya memegangnya, maka bebannya akan semakin berat”.

“Jika kita membawa beban kita secara berterusan, lambat laun kita tidak akan mampu membawanya lagi. Beban itu akan meningkat beratnya”.

“Apa yang harus kita lakukan adalah meletakkan gelas tersebut, rehat sekejap sebelum mengangkatnya lagi”.

Kita harus meninggalkan beban kita secara berkala, agar kita dapat lebih segar dan mampu membawanya lagi. Jadi sebelum pulang ke rumah dari pekerjaan petang ini, tinggalkan beban pekerjaan. Jangan bawa pulang. Beban itu dapat diambil lagi besok.

Apapun beban yang ada di bahu anda hari ini, cuba tinggalkannya sekejap jika boleh. Setelah berehat nanti boleh diambil lagi……

Hidup ini singkat, jadi cubalah menikmatinya!!

Perkara terindah dan terbaik di dunia ini tidak dapat dilihat, atau disentuh, tapi hanya dapat dirasakan jauh di dalam hati anda.

Saturday, October 20, 2012

ALLAH LEBIH SAYANGKAN ABAH :'(

Tanggal 13 OKTOBER 2012 , lebih kurang pkul 10 mlam.. Abah akhirnya pulang ke Rahmatullah.. Walaupun kami sekeluarga sayangkan abah tetapi Allah SWT lebih sayangkan abah.. sebab itulah Allah ambil abah dari kami kerana tak mahu abah menderita lagi dengan kesakitan selama lebih kurang 2 tahun.. :'(
 
      Selasa, 9 Oktober 2012.. MAJ menerima panggilan telefon dari mak sewaktu MAJ ada meeting dengan bos di ofis.. Mak cakap abah masuk hospital dan dah teruk sebab 2 minggu abah xde selera makan dan doktor gitau mak yang abah dah xde harapan.. Kalau korang tengok keadaan abah mesti korang menitiskan airmata sama seperti apa yang MAJ rasa.. Tanpa pikir panjang MAJ gtaw kat bos dan terus ambil cuti balik Terengganu.. Sampainya di Terengganu MAJ xterus balik rumah tapi terus singgah ke hospital.. xde ape yang ad dalam pikiran MAJ melainkan wajah abah.. mata terasa begitu panas saat melihat abah terlantar di katil hospital dengan alat pernafasan di hidung.. Akhirnya airmata MAJ jatuh perlahan2.. sewaktu tu mak ngan abang MAJ ada di hospital.. MAJ kuatkan hati MAJ gtaw diri ini yang abah akan sembuh dan akan keluar dari hospital.. Hari tu MAJ jge abah kt hospital sampai esok harinya dengan abang MAJ sebab mak kena balik untuk uruskan adik2 MAJ yang nak ke sekolah esok hari.. Masa jage abah, MAJ tahan sebak kat hati bila tengok nurse2 suntik tangan abah berulang kali sampai bengkak2 tangan abah.. menitis airmata abah menahan kesakitan.. masa tu abah dah tak ada daya nak cakap kuat2 cume keluar suara abah yang lemah je dari mulut abah.. MAJ rasa sakit hati tengok.. tapi apakan daya, nurse2 tu cube untuk bagi abah sihat sebb tu abah kena suntik.. :'(  abah dah tak boleh nak makan ikot mlut.. bila suap mesti makanan tu keluar balik.. jadi doktor nak masukan tiub susu melalui hidung abah terus ke perut.. tiub tu untuk masukkan susu ke perut abah supaya abah dapat selera makan balik.. MAJ tengok doktor masukkan tiub tu perlahan2 ke dalam hidung abah dan masa tu abah menahan kesakitan.. sedangkan kita yang tengok terasa sakit inikan pula orang yang merasai sendiri.. masa tu airmata jatuh lagi.. mak MAJ yang berada sekali mse tu tenangkan MAJ dan gtaw yang doktor cume xnak bagi abah lapar sebab tu dia masukkan tiub tu.. MAJ tahu itu tapi tak sanggup tengok airmata abah menitis tahan sakit.. kalau sekali je takpe ni banyak kali..Hanya Allah yang tahu betapa menderita nya abah.. Doktor2 datang dan bercakap dengan mak sambil menunjukkan ujian imbasan tentang abah kat mak... Masa tu MAJ terus pergi kat mak dan dengar sekali penerangan doktor.. Doktor gitaw yang abah ada ketumbuhan kat bahagian belakang.. ketumbuhan tu dah membesar dan kuman2 ketumbuhan tu dah merebak sampai kat paru2.. sebab tu abah dah susah nak bernafas.. dan abah cume menunggu masa dan dah takde harapan.. Luluh hati MAJ dengar.. :'( Doktor tunjuk ujian imbasan tu.. MAJ dapat tengok yang betapa banyaknya ketumbuhan tu dah merebak dan yang di sangkakan cume sakit saraf tulang belakang.. knape baru sekarang smue tu nak tunjuk??!! kenapa hari tu cakap cume sakit saraf je??!! kenapa dulu cakap kemungkinan je ketumbuhan tu dan kenapa tak cakap yang ketumbuhan tu memang terjadi??!! :'( Nak marah dah takde gune.. Cume masa yang menentukan.. :'(
       Adik beradik abah (mak sedara dan pak sedara MAJ) datang dari KL selepas mak call diorang.. adik beradik dari Melaka belom sampai lagi mase tu.. LAgi satu cubaan yang MAJ lalui sewaktu mak turun ke bawah hospital untuk ambil mereka, abah tibe2 nak cube cabut alat pernafasan dari hidung.. MAJ tanye kenapa, abah cakap abah lemas.. masa tu nada suara abah lemah sangat.. MAJ tak bagi abah cabut dan terus je letak tapi abah cube jugak.. Tibe2 abah suruh MAJ salam tangan abah.. abah angkat tangan hulur kat MAJ.. MAJ tanye kenapa.. abah cakap abah dah nak pergi.. mase tu airmata terus je jatuh.. MAJ marah abah sebab abah cakap macam tu.. bukan niat mse tu nak cakap cmtu kt abah tp MAJ takut kalau apa abah cakap tu betul.. :'( MAJ tahu ajal maut di tangan Tuhan.. MAJ cume tak bersedia nak hadapi semua tu.. :'( MAk sedare dan pak sedare MAJ yang datang mlawat abah pun menangis tengok keadaan abah yang tinggal hanya kulit dan tulang je.. Tengah2 bercakap, tibe2 abah gtaw yang mak abah (arwah nenek MAJ) dan jari abah tunjuk ke atas.. lepas tu abah diam je.. dada MAJ sebak.. MAJ gtaw abah yang adik beradik abah datang, abah angguk sebb abah tahu cume abah dah sush nak ckap sebab badan abah dh lemah..
      Masa MAJ jage abah, MAJ lah yang masukkan susu ke dalam tiub abah.. ckit je susu yang pat masuk ke lam perut abah,.. bila MAJ tnye rasa tak susu tu lam perut.. abah kata x rasa.. mungkin sebab perot abah dah susah nk rasa.. MAJ berbual2 ngan abah walaupun tahu abah susah nak cakap.. cume MAJ rasa nak cakap je ngan abah.. setelah dua hari jge abah dari siang sampai malam kat hospital, Hari Jumaat tu, mak g ngan abang MAJ ke hospital..  Jadi MAJ kena duk umah jge adik2.. Sehari tu MAJ tak pergi pun ke hospital.. MAJ duk kat umah masak untuk adik2.. malam tu baru mak balik dan tinggal abang seorang jge abah kat hospital.. Bila tanya mak keadaan abah hari tu, mak cakap abah dah lemah sangat2.. Hati MAJ makin sedih.. T.T
       Sabtu, 13 Oktober 2012, MAJ,mak,adik2 pergi ke hosptal pagi tu dengan mak sedare dan pak sedare MAJ.. sampainya di hospital.. Abang MAJ menunggu disisi abah.. lepas kitorang sampai, abang pun mntak izin nak blik, dia salam abah dan cakap dia balik kejap nanti dia datang balik,.. abah angguk.. Hari tu mak cakap adik beradik abah yang dari Melaka dah on the way datang.. MAJ tengok abah pada hari tu sangat lemah.. susu langsung tak masuk perot abah.. abah dah tak dapat nak bercakap.. cume bley angguk, geleng dan isyarat mata je.. Mase tu MAJ rindu sangt nak dngar suara abah.. nak dengar gelak abah.. tapi macam dah takde harapan.. sepanjang hari tu abah lemah sangat2.. doktor dan nurse lak asyik suntik sne sni sampai bengkak2 tangan abah.. Ada doktor tu nak amik darah abah.. bila suntik tangan belah kanan, takde darah yang msuk dan sekali lagi doktor tu cube kat tangan kanan tu tapi sme gak.. doktor tu ubah kat tangan kiri lak tapi keadaan tetap sme.. takde darah yang masuk lam jarum tu kecuali angin je.. MAJ pun tak tahu npe.. kesian tengok abah tahan sakit.. takde suara yang keluar dari mulut abah.. yang keluar hanya airmata abah.. sedihnya MAJ tengok keadaan tu.. :'( dah masuk maghrib, mak, adik2 ngan maksdre dan pak sdre MAJ nak balik sebab waktu melwat dah hbis..mak cakap malam nanti mak nak jge so mak balik dulu nak mandi dan amik baju nak bermalam kat hospital.. sebelum mak balik tu mak sempat gtaw abah yang mak balik kejap dan nanti mak datang balik.. abah pun angguk.. tapi mse tu MAj rse macam tak sedap hati.. lpas mak balik.. tinggallah MAJ dan adik MAJ yg no3 duk di sisi abah.. MAJ cakap2 ngan abah, gosok2 tangan abah.. adik MAJ lak urut kaki abah.. masa tu nurse ngan doktor datang dan tkar alat pernafasan yg kt hidung dengan alat pernafasan yang mask.. Doktor cakap suh MAJ bce Yassin dan ajar abah mengucap sebab tahap oksigen dah tinggi pasang kat abah.. mase tu la MAJ rase sebak sangat sebab MAJ macamtahu ajal abah dah dekat.. MAJ duduk di sisi abah dan bace surah Yassin.. Selepas bacaan yang ketiga kali, MAJ nampak nafas abah dah perlahan.. menitis airmata MAJ.. MAJ ajar abah mengucap..Mse tu jgak adik beradik abah yang terakhir dari Melaka sampai.. cukupla semue adik beradik abah datang melawat.. Alhamdulillah abah sempat melihat mereka walaupun mase tu cume mate abah yang terbuka.. Nafas abah makin perlahan.. MAJ terus call mak suh datang secepat mungkin.. MAJ hanya mampu menangis sambil mulut MAJ tak habis2 ajar abah mengucap sampai saat akhir MAJ nampak abah dah x bernafas.. nadi abah dah xde.. mata abah dah tak gerak.. Mse tu MAJ rse macam nak jerit panggil abah.. MAJ jatuh terduduk dan menangis kerana MAJ tak bersedia nak hilang abah.. Cousin MAJ yang ad mse tu peluk MAJ dan suh MAJ bersabar..  MAJ duduk kembali di sebelah abah.. MAJ nampak denyut nadi msih ad di skrin mesin ukur denyutan tu.. MAJ rase nadi kat tangan abah.. masih berdenyut walaupun perlahan.. MAJ senyum dan gtaw yang abah ada lagi.. Tapi alangkah hancurnya hati MAJ bila doktor yang datang memeriksa gtaw yang itu cume nadi darah yang tinggal tapi nadi jantung dah xde..  MAJ hanya mampu menangis.. akhirnya mak, abang dan adik MAJ sampai.. mak dan abang menangis tengok jenazah abah.. yang paling sedih bila MAJ tengok mak menangis.. Sebab lepas ni xde sape nak teman mak berborak  bila adik2 MAJ takde kat umah ke sekolah.. mesti tinggal mak sorang2.. adik MAJ yang bongsu tak menangis sebab MAJ tahu die tak faham situasi waktu tu.. adik cume berumur 7 tahun.. tapi MAJ tahu dalam hatinya sedih sebab dah takde yang nak main ejek2 ngan die lagi lepas nie.. :'(
       Akhirnya kami bawa pulang jenazah abah kat umah malam tu..  kali ni bukan abah yang pulang tapi cuma jenazah abah.. tak seperti hari2 sebelum ni.. setiap kali abah masuk hospital msti abah pulang dengan shat tapi kali ni x.. :'( di tilam abah, hanya terbaring jenazah abah sebelum di mandikan, di sembahyangkan, di kafankan dan di kebumikan pada pagi esok hari.. malam tu kami sekeluarga dapat bermalam bersama jenazah abah yang kaku buat kali terakhir sebelum abah di kebumikan.. lepas ni tak dapat kami tengok abah lagi.. :'(
      Ahad, 14 Oktober 2012, pagi tu jenazah abah di mandikan, di kapankan.. selepas arwah abah di kapankan.. itulah kali terakhir kami dapat melihat dan mecium dahi abah buat kali terakhir kerana selepas ini tiada lagi abah menemani di sisi kami.. yang ada cuma gambar, ingatan dan kasih sayang abah buat kami... Sewaktu di kebumikan, MAJ bersama dengan adik beradik MAJ berada di Majlis pengebumian kecuali mak yang berada di rumah untuk menerima ucapan takziah dari kawan2 mak, sdare2 serta jiran2.. Akhirnya jenazah abah selamat di kebumikan.. Tinggallah kami adik beradik tanpa abah lagi dan mak tanpa suaminya lagi tapi abah tetap di hati kami buat selameny2.. tiada siapa yang dapat menggantikan kasih sayang abah terhadap kami..
     MAJ masih terpikir knape cepat sangat Allah ambil abah dari kami.. MAJ nak sangat tengok abah dapat berjalan semula cam seblum 2 tahun lepas.. Setiap kali MAJ habis solat MAJ tak pernah lupe nak doakan abah untuk berjalan semula.. tapi harapan MAJ dah xde.. tapi MAJ tahu Allah lebih sayangkan abah.. Dia Maha Mengetahui semua yang berlaku.. MAJ redha dengan ketentuanNya.. Allah taknak abah menderita kesakitan lagi.. Biarlah abah tenang di sana.. Al-Fatihah untuk arwah abah MAJ..

     "Abah.. Angah takkan pernah sesekali lupa kat abah..Kasih sayang abah kat angah begitu besar.. nasihat abah kat Angah, angah akan ingat sampai bila2.. Angah sayang abah :'( "


Friday, October 5, 2012

TENTANG SEORANG AYAH

Hari tu MAJ terbace satu article ni.. article "APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH" .. Jadi MAJ pom nak berkongsi cerita ini dengan korang.. 

"APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH"

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita??
Semasa kecil, ibu lah yang sering ,mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik sahaja ayah pulang bekerja dengan wajah letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian..
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah di beritahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sedang risau??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam.. ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!!".. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita?? Kerana bagi ayah kita adalah sesuatu yang berharga..
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.. Maka kita telah melanggar kepercayaannya.. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini dan itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya akan mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau cuba memenuhinya..
Saat kamu berjaya, Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah.. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya.. Dan akhirnya.. Saatayah melihat kita duduj di atas pelamin bersama pasangan kita.. Ayah pun tersenyum bangga..

Apa kita tidak tahu bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis..

Ayah menagis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik.. Bahagiakanlah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita.. SEKIAN..