Ku coretkan isi hati
Bila malam menemani sunyi
Bila bumi dan langit menjadi saksi
Bila bulan sembunyikan diri
Bila kau muncul dalam mimpi
Ku coretkan isi hati
Kerana airmataku berguguran ke pipi
Kerana aku mengaku kalah pada diri sendiri
Kerana aku ingat kamu di heningan ini
Kerana rinduku tak pernah terhenti
Ku coretkan isi hati
Buatmu yang kusayangi
Buatmu yang ku cintai
Angin menari-nari
Mengikut irama sunyi
Kekeluhan ku berulang kali
Bila kau jauh di sisi
Cintaku bergetar sendiri
Bila rinduku merintih sekuat hati
Tak sanggup lagi aku hadapi
Tapi apalah daya
Tuhan sedang menguji
Sekuat mana cinta ini
Jika jodoh milik cinta kami
Pasti kau selalu dekat di hati
Pasti masa akan dekatkan kami
Pasti kau akan jua ku miliki
Jangan kau sangsi pada dugaan Ilahi
Kerana ingatlah sayang
Tuhan suka menguji
Pada cinta yang suci
Sama-samalah kita hadapi
Jika benar cinta ini milik kita sampai akhir nanti
Ku coretkan isi hati
Sampai di sini
Salam sayang abadi
Moga kau tak pernah lupakan aku di sini..
:')
**copypaste dri majalah REMAJA