Thursday, March 21, 2013

RINDUKU PADA KASIH SEORANG AYAH

Berbahagialah mereka yang masih mempunyai insan yang bergelar ayah..
Sedangkan aku hanya mampu tersenyum 
dalam kesedihan melihat mereka bergembira d samping ayah masing2..
Allah lebih sayangkan abah.. Abah dah lama sakit.. Allah tak nak abah sakit lagi..
Aku redha dengan dugaan ini..
Aku pun taknak tengok abah sakit lagi..

Semasa abah masih ada..
Setiap hari dan setiap masa, dalam hati ni selalu ada satu impian..
Walaupun tiada orang tahu isi hati ini..
Tapi biarlah hanya Dia yang Maha Mengetahui..
Impian untuk lihat abah seperti dahulu..
Tersenyum, Ketawa, bergurau bersama kami,.
Impian yang tidak tahu akan tercapai atau tak..
Tapi masih mencuba..
Dan bila berjauhan, abah selalu pesan..
"Angah, jaga diri baik-baik kat tempat orang"..
2 tahun berlalu dengan cepat..
makin hari abah dah makin tak larat..
abah dah tak boleh jalan..
abah dah makin kurus..
abah dah kurang makan..
abah dah kurang bercakap..
dan abah dah kurang tersenyum,..

Sekarang, abah dah tiada 
tapi dalam hati kami sekeluarga dia masih ada dan sentiasa ada.
Impian aku untuk tengok dan buat abah berjalan dan kembali sihat
dah pudar dan hilang..
Sekarang..
Aku dah tak dapat nak dengar suara abah,
Tak dapat nak tengok senyuman abah..
Tak dapat nak dengar ketawa abah..
Tak dpat nak bergurau dengan abah..
Tak dapat bercerita bersama abah..
Dan tak dapat berjumpa abah lagi..
Sekarang..
Aku betul2 dan terlalu rindukan kasihnya..
Kasih seorang abah..
Marah seorang abah..
sayang seorang abah..
Perihatin seorang abah..

Maafkan aku Ya Allah.. Aku terima takdir ini..
Cuma aku terlalu rindukan kasih sayang
Dari insan yang bergelar seorang abah..

Aku hanya dapat mendoakan supaya abah tenang di alam sana..
Semoga arwah di cucuri rahmat olehNya..
Ya Allah.. Sehingga hari ini aku masih mersakan kehadiran abah..
Dan saat teringatkan abah, air mata ini pasti mengalir..


"Abah.. abah sentiasa dalam hati angah...selama2nya.. tiada seorang pun dalam dunia ni mampu ganti kasih sayang abah.. dan tiada seorang pun dalam dunia ni mampu ganti tempat abah.. Abah angah hanya seorang.. "

:'(




Sunday, March 3, 2013

DIRI YANG SELALU KESEORANGAN

Tak semua orang di dunia ni akan miliki apa yang orang lain miliki..

Keseorangan..
Satu ayat yang menggambarkan betapa sunyinya satu kehidupan..
Keseorangan..
Satu ayat yang mendatangkan kesepian dalam hati seseorang..
Dan Keseorangan..
Sentiasa hadir dalam hidup ini..
sentiasa memenuhi ruang hidup ini..
Sentiasa menemani diri ini..

Betapa teruknya diri ini..
Bila berhadapan soalan "kenapa seorang je?''
Tiada jawapan senang melainkan, "dah biasa dan selalu macam ni''..

Yer.. Memang ramai orang yang boleh di jadikan kawan..
yer.. memamng ramai kawan yang boleh di jadikan teman..
tetapi
Tak ramai yang akan jadi seseorang yang di perlukan..

KEseorangan..
Bukan selalu keseorangan..
dan takkan berseorangan,..
kerana ku adaMu Tuhan.. 
Terima kasih Ya Allah.. :')