Saturday, October 5, 2013

DI MANA ERTI PERIKEMANUSIAAN?? :'(


Aq seorang penunggang motosikal..
boleh di katakan setiap hari kalau nak gi keje pasti aq nampak kat atas jalan ad bangkai kucing yg kena langgar..
kadang2 terpikir.. 
"apa perasaan orang yang langgar kucing tu?"
"mna erti perikemanusiaan diorang?''
''x nampak ke kucing tu nak lintas jalan?''


bila tengok video2 kat luar negara..
ada yang sanggup berhentikan kereta tgah jalan dan turun selamatkan kucing yg duk tgah jalan tu..
ada yg sanggup tahan malu berhentikan kenderaan-kenderaan yang lalu smata2 nak bagi ibu itik dan anak2 itik melintas..
ada yang sanggup masuk dalam lubang yang dalam sebab nak keluarkan kucing liar yang terjatuh..
ada yang sanggup bersusah payah selamatkan anak gajah yang jatuh dalam lubang..
mereka memang berhati mulia.. :')

tapi di mana nilai murni pada diri masyarakat di sini sekarang..
yang mereka tahu..
sepak kucing yang datang nak mintak makanan..
pukul anjing yang sekadar menumpang lalu di tepi jalan..
dan macam2 kekejaman yg di lakukan kat haiwan2 yg x bersalah..

haiwan2 tu pun punya perasaan seperti manusia..
masih akan merasa kesakitan bila di pukul..
masih akan merasa kelaparan bila tiada makanan..
masih akan merasa kehausan bila tiada air untuk di minum..

Apalah salahnya menghulur sedikit makanan buat mereka..
Rezeki kita tidak akan habis sekiranya kita membuat kebaikan untuk mereka..
Mereka akan berdoa untuk kita..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 
“Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi sesiapa sahaja yang ada di langit.” 
(Hadis riwayat Tabrani dan al- Hakim)

Ya.. tidak semua tiada hati dan pperasaan..
masih ada lagi mereka yang mempunyai hati yang begitu mulia..
sanggup di caci dan di hina untuk selamatkan haiwan2 yang terbiar..
haiwan2 yang di anggap pengotor di kedai makan..
haiwan2 yang di anggap najis yang tidak bleh di bersihkan..

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya. (Melihatkan yang demikian) lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.” Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu. Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya.” Sahabat Baginda bertanya, “Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?” Baginda menjawab, “Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya).” (Hadis riwayat Muslim)



Sayangilah mereka..
mereka pun makhluk Tuhan..
Ciptaan Allah SWT..
cuma kurangnya mereka,..
tidak mempunyai akal seperti kita untuk berfikir..
Kita yang mempunyai akal dan fikiran..
pasti dapat menilai erti kemanusiaan.. :')

*google picture












No comments: