Sunday, December 8, 2013

MARAH??

Marah??
Aku marah??
Kena marah??
Rasa nak marah??

**encik google pnyer gambar


Marah..
Satu emosi yang negatif..
Satu emosi yang akan membuatkan sebelah pihak terasa hati ataupun menjadi benci dan dendam..
kadang2 emosi ni sukar untuk di lepaskan bila diri sendiri mahu jaga hati orang lain
sedangkan memakan diri sendiri..
Jadi bila marah itu di pendam pasti air mata akan mengalir
untuk meredakan marah tersebut..

Aku marah??
Ye.. Aku marah kalau sesuatu yang tidak benar terjadi kat aku..
Tapi jenis aku, aku susah nak marah kat orang
sebab aku nak jaga perasaan orang 
sedangkan orang lain susah nak jaga perasaan aku..
Kalau aku marah, aku tahan, aku tarik nafas dalam2, aku selawat banyak2, 
kadang2 aku dengar lagu 'buatmu ibu' dan lagu 'ayah' dr kump Ae-man..
sebab lagu tu buat aku ingat ttg ibubapa aku dan lupakan marah aku..
Kadang2 bila aku pendam marah aku, aku akan menangis..
Itu je cara untuk aku redakan marah aku..
Walaupun aku ni jenis panas baran..
Aku masih terfikir untuk jaga hati orang lain..

Kena marah??
Perkara yang selalu terjadi kat aku..
Jika di marah sebab salah aku, aku terima
tapi kadang2 selalu aku kena marah sebab salah orang lain..
dan kadang2 kena marah tanpa sebab..
Perkara ni yang buat aku kadang2 stress dan buat emosi aku terganggu..
Selalu jugak aku terfikir..
"kenapa aku tempat diorang nak lepas marah?"
"kenapa aku yang kena marah sebab salah orang lain?''

Rasa nak marah??
Memang fitrah manusia pasti ada perasaan nak marah kan..
Nak marah kalau benda yang kita buat betul tapi orang tuduh kita salah...
Rasa nak marah kalau apa yang kita nak x dapat..

Tapi dengan marah pun tidak semestinya semua akan oke..
cuma marah itu akan datang bila benda yang betul tetapi di salahkan..
marah cuma akan buat perasaan kita terganggu..
Buat kita lebih stress dan memberi tekanan buat diri kita..
so.. 
kalau rasa nak marah lepaskan pada orang yang buat kita marah.. hahaha..
jangan lepaskan pada orang yang tidak bersalah..
xpon.. 
bila rasa nak marah.. genggam tangan mcm penumbuk pastu tarik nafas dalam2..
dan tumbuk muka orang tu.. hahha.. eh.. xla.. salah tu..
pas tarik nafas dalam2.. pejam mata.. selawat banyak2..
InsyaAllah.. marah anda pasti redha...

:)


Doa hilang rasa marah: 


Artinya:
 “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”



Sunday, October 13, 2013

WARKAH BUAT ABAH..

ABAH..
HARI NI 13.10.2013..
GENAP SETAHUN ABAH KEMBALI KE RAHMATULLAH..
TERASA SEPERTI SEMALAM ABAH MASIH ADA DI SISI..
BERGELAK KETAWA BERSAMA KAMI ADIK BERADIK..

ABAH..
BEGITU DIRI INI MERINDUI BELAIAN KASIH SAYANGMU...
MASIH TERASA HANGAT KASIHMU ABAH..
TANPA ANGAH SEDAR..
BEGITU CEPAT MASA BERLALU..
TANPA DAPAT ANGAH KEMBALI KE MASA LALU...
UNTUK MENATAP WAJAH RIANG ABAH...
UNTUK MENATAP SENYUM DAN GELAK TAWA ABAH..
UNTUK BERCERITA SUKA DUKA HIDUP ANGAH INI ABAH..
UNTUK BERKONGSI KEGEMBIRAAN ANGAH INI ABAH..

TAPI..

ALLAH LEBIH SAYANGKAN ABAH..
ALLAH TAKNAK MAK DAN KAMI ADIK BERADIK TENGOK ABAH MENAHAN DERITA KESAKITAN..
ALLAH TAKNAK ABAH SAKIT LAMA-LAMA..


*google

ABAH.. 
TIADA SEORANG PUN DAPAT MENGGANTIKAN TEMPAT ABAH...
ABAH HANYA SEORANG SAMPAI BILA-BILA..
TIADA LELAKI YANG MAMPU MENCURAHKAN KASIH SAYANG SEPERTI BESARNYA KASIH SAYANG MU INSAN BERGELAR SEORANG ABAH,...
KENANGAN BERSAMA ABAH BEGITU BERMAKNA..
INGIN SEKALI LAGI ANGAH INGIN DUDUK DI SISI ABAH..
INGIN MENDENGAR CERITAMU ABAH..

*google

ABAH..
MATA INI MENANGIS LAGI..
BERDOSANYA ANGAH MENANGISI TAKDIR ILLAHI..
TETAPI..
ANGAH TERSANGAT MERINDUI ABAH..
RINDU YANG TAK DAPAT DI UNGKAPKAN..
AMPUNILAH DIRI INI YA ALLAH..
RAHMATILAH ABAH DI SANA YA ALLAH..
PELIHARAKANLAH DIA YA ALLAH..


Doa untuk kedua ibubapa.
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil"




Saturday, October 5, 2013

DI MANA ERTI PERIKEMANUSIAAN?? :'(


Aq seorang penunggang motosikal..
boleh di katakan setiap hari kalau nak gi keje pasti aq nampak kat atas jalan ad bangkai kucing yg kena langgar..
kadang2 terpikir.. 
"apa perasaan orang yang langgar kucing tu?"
"mna erti perikemanusiaan diorang?''
''x nampak ke kucing tu nak lintas jalan?''


bila tengok video2 kat luar negara..
ada yang sanggup berhentikan kereta tgah jalan dan turun selamatkan kucing yg duk tgah jalan tu..
ada yg sanggup tahan malu berhentikan kenderaan-kenderaan yang lalu smata2 nak bagi ibu itik dan anak2 itik melintas..
ada yang sanggup masuk dalam lubang yang dalam sebab nak keluarkan kucing liar yang terjatuh..
ada yang sanggup bersusah payah selamatkan anak gajah yang jatuh dalam lubang..
mereka memang berhati mulia.. :')

tapi di mana nilai murni pada diri masyarakat di sini sekarang..
yang mereka tahu..
sepak kucing yang datang nak mintak makanan..
pukul anjing yang sekadar menumpang lalu di tepi jalan..
dan macam2 kekejaman yg di lakukan kat haiwan2 yg x bersalah..

haiwan2 tu pun punya perasaan seperti manusia..
masih akan merasa kesakitan bila di pukul..
masih akan merasa kelaparan bila tiada makanan..
masih akan merasa kehausan bila tiada air untuk di minum..

Apalah salahnya menghulur sedikit makanan buat mereka..
Rezeki kita tidak akan habis sekiranya kita membuat kebaikan untuk mereka..
Mereka akan berdoa untuk kita..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 
“Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi sesiapa sahaja yang ada di langit.” 
(Hadis riwayat Tabrani dan al- Hakim)

Ya.. tidak semua tiada hati dan pperasaan..
masih ada lagi mereka yang mempunyai hati yang begitu mulia..
sanggup di caci dan di hina untuk selamatkan haiwan2 yang terbiar..
haiwan2 yang di anggap pengotor di kedai makan..
haiwan2 yang di anggap najis yang tidak bleh di bersihkan..

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya. (Melihatkan yang demikian) lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.” Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu. Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya.” Sahabat Baginda bertanya, “Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?” Baginda menjawab, “Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya).” (Hadis riwayat Muslim)



Sayangilah mereka..
mereka pun makhluk Tuhan..
Ciptaan Allah SWT..
cuma kurangnya mereka,..
tidak mempunyai akal seperti kita untuk berfikir..
Kita yang mempunyai akal dan fikiran..
pasti dapat menilai erti kemanusiaan.. :')

*google picture












Wednesday, August 28, 2013

BIARKAN MATA MENANGIS

Biarkan mata menangis..
Andai itu mampu menenangkan hati..
Andai itu mampu mententeramkan jiwa..

Biarkan mata menangis..
Andai diri tidak mampu untuk menanggungnya lagi..
Andai diri sudah tidak kuat untuk menahannya lagi..

Biarkan mata menangis..
Jika itu mampu mengurangkan apa yang di bebani..
Jika itu mampu membuang segala duka lara..
Jika itu mampu membuatkan hati kembali ceria..

Airmata..
Biarkan sekali sekala dia jatuh membasahi pipi..
Biarkan sekali sekala dia menemani sampai kita terlena..
Biarkan sekali sekala dia datang untuk membuatkan kita kembali ceria..

Airmata..
Datang sewaktu diri tidak kuat untuk menanggungnya lagi..
Datang sewaktu kesedihan bertakhta di hati..
Datang sewaktu diri dilanda kesepian dan bersendiri.. 

Airmata..
Sesuatu yang amat bernilai dan berharga..
Yang menjadi jalan penyelesaian untuk hati yang tak terdaya..
Yang menjadi peneman disaat diri tidak kuat dan tidak berdaya..
*gambar encik google


Tuesday, August 20, 2013

DI KALA HATI MENANGIS

Dikala hati menangis..
Tiada siapa yang akan dapat meneka..
Pabila bibir mengukir seribu senyuman..
Memalsukan semua kesedihan di dalam..

Dikala hati menangis..
Menyembunyikan seribu satu persoalan...
Menutupi sejuta keresahan..
dan melindungi jiwa yang kesedihan..

Dikala hati menangis..
Tiada siapa yang akan tahu..
Melainkan Dia Yang Esa..
Yang Mengetahui segala-galanya..
Mengetahui Sejuta perasaan yang tersembunyi di dalamnya..

Saturday, August 17, 2013

SANDIWARA CINTA - REPVBLIK BAND


Aku tahu ini semua tak adil
Aku tahu ini sudah terjadi
Mau bilang apa aku pun tak sanggup
Air mata pun tak lagi mau menetes

Alasannya seringkali ku dengar
Alasannya seringkali kau ucap
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa yang telah kau lakukan kepadaku

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Mungkin ini jalan yang engkau mau
Mungkin ini jalan yang kau inginkan
Kau dengannya seakan ku tak tahu
Sandiwara apa, ceritanya apa, aku tahu

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati

Jujurlah sayang aku tak mengapa
Biar semua jelas telah berbeda
Jika nanti aku yang harus pergi
Ku terima walau sakit hati
Ku terima walau sakit hati

Thursday, July 4, 2013

SENYUMAN

SENYUMAN..
Senjata yang mampu menyembunyikan 1001 masalah dan kesakitan..
Senjata yang meng'hipokrit'kan diri kita...
Senjata yang sekadar menutup kesedihan kita..
Senjata yang menenggelamkan semua masalah kita di mata kasar mereka..

SENYUMAN..
Ukirlah selagi terdaya..
Ukirlah sekadar penutup lara..
Ukirlah untuk manjadikan hari ceria..
Ukirlah biarpun payah di rasa..

SENYUMAN..
Hanya mereka yang memahami dapat mengetahui erti sebenar senyuman yang kita ukirkan ini..
Hanya mereka yang mengerti dapat mengetahui betapa peritnya kesakitan yang kita lalui..
Hanya mereka yang mengerti dapat mengetahui masalah yang kita pendam ini..
dan Hanya mereka yang benar-benar memahami dapat mengetahui semua ini..

*google

Thursday, June 27, 2013

26 June 2013 - Tiada yang Istimewa

Tepat jam 12.00 tgah malam..
26 June 2013.
''Selamat Hari Lahir Mai'' ucapku untuk diri sendiri sambil di temani lampu kecil...
Alhamdulillah.. 
Genap usiaku 22 tahun..
Allah masih memanjangkan usia ini..
Terima Kasih Ya Allah..

26 June 2013..
Tiada yang istimewa ataupun kejutan untuk tahun ini..
Hari istimewa sama seperti hari biasa..
Mak.. Insan pertama yang mengucapkan 'Selamat Hari Lahir' untukku..
Sahabat.. Hanya segelintir yang masih mengingati..

26 June..
Selalu juga aku membayangkan kejutan..
Selalu juga aku imaginasikan hadiah istimewa...
Selalu juga aku impikan sepotong kek dan sebatang lilin..
dan selalu itu menjadi tabiat aku...
Khayalan itu lebih indah dari realiti.. 

26 June.. 
Semoga kita berjumpa lagi tahun hadapan..
Semoga Allah S.W.T masih memanjangkan umur ini..
dan semoga peningkatan umur ini menjadikan aku lebih matang...


Friday, June 21, 2013

ONEPIECE vs FAIRYTAIL ^^

Haaaa.. hehe

ONEPIECE vs FAIRYTAIL..
MONKEY D. LUFFY  vs NATSU DRAGNEEL
PIRATES vs MAGICIAN
RUBBER BOY vs  FIRE DRAGON BOY
STRAW HAT vs WHITE SCARF
SHANK vs SALAMANDER
SKULL vs FAIRY

Lepas habis episode ONEPIECE aku layan..
Skunk kemaruk kat FAIRYTAIL..
dan skunk masih menunggu latest episode untuk kedua2 citer nie..
Tak kisah la org cakap aku cam budak2 pun..
sedangkan dak laki yang tua dri aku pun layang citer nie..
hahaha..

ONEPIECE dan FAIRYTAIL..
terselit erti PERSAHABATAN..
Terselit kata-kata SEMANGAT..
Tiada perkataan PUTUS ASA..

haa.. sebab tu yg jadikan citer ni best..
hehe..
Aku dah ada sweater ONEPIECE...
nak tunggu baju tuk FAIRYTAIL lak.. hehe ^^

*google punyer gambar


Sunday, June 9, 2013

IKAN KELI WAKTU LUNCH JADI WAJIB??

Haaa... Kalau korang nak taw..
Aq ni boleh di katakan setiap kali Lunch mesti aq cari lauk IKAN KELI..
X kire la ikan keli goreng ataupun ikan keli berlada..
msti jd lauk wajib aq lunch tu..
boleh di katakan hari-hari ikan keli..
sampai tuan kedai mkn tu pun taw lauk biasa aq..
xpyah tunggu nak pilih lauk lain..
nampak je keli aq sambor..
hahaha..
abg2 n akak2 kt ctu pun sampai ad yang panggil aq dgn nama 'KELI'.. =00=''
siap ada yang tanya lagi 
"xbosan ke hari-hari keli??"
"xdok lauk lain ke sampai hari2 keli?"
"ape yg best sgt keli ni sampai hari2 mkn keli??"
hahaha
aq sendiri pun xtahu nape aq sampai ketagih ikan keli ni..
xsah kalau xde lauk tu.. 
biar lauk lain byak pun.. haha..
Kadang2 aq tpikir gak.. Kalau mkn keli tiap2 hari ape efek negatif die??
yg aq taw ikan keli tinggi omega.. hahah
mcm2 mne pom.. stakt ni aq masih x pat nak buang ketagihan IKAN KELI aq ni.. haha
*google

Monday, June 3, 2013

JUNE DATANG LAGI

Slamat datang JUNE.. 
sekejap je masa berlalu..
bulan ni akan genaplah umurku..
berganjak dari 21 ke 22..
alam dewasa yang penuh mencabar..
penuh dugaan.. onak dan duri..

Tetapi..
terlalu banyak persoalan di benak fikiran ini...
aku masih seorang yang sama..
fikiranku masih seperti biasa..
Tiada yang istimewa..
Tiada perubahan seperti gadis2 seusia ku..
Masih seperti diriku yang terdahulu..

Ku harapkan JUNE ini membawa erti..
dan ku harapakn JUNE ini akan lebih membawa bahagia..
biarpun berseorangan.. 

Thursday, April 4, 2013

MEREKA

Masa berlalu dengan cepatkan..
Dulu kita kecik je lagi..
Mereka dukung kita..
Mereka senang mendidik kita..
Mereka selalu bermain dengan kita..
Mereka belikan permainan untuk kita..
Mereka menyuap makan untuk kita..
Mereka bawakan kita jalan-jalan..
Mereka jaga kita masa sakit..
Mereka hantar kita ke sekolah..
Mereka sayang kita..

Sekarang kita dah besar..
Dan mereka telah pun meningkat usia...
Mereka pun makin lama kudrat dah tak ada..
Mereka makin lama uban pun dah penuh di kepala..
Mereka dah tak berdaya macam kita..
Mereka makin lama semakin uzur..
Mereka masih sayangkan kita..
Mereka tak pernah lupakan kita..

Mereka..
Ibu bapa kita..
Mereka..
Permulaan kita...
Mereka..
Syurga buat kita...

Hargailah mereka sementara masih di beri kesempatan...
Hargailah mereka sementara  masih mereka mampu membuka mata..
Hargailah mereka sementara mereka masih mampu menghembuskan nafas mereka..
Hargailah mereka sementara masih ada masa... :')
#google


Tuesday, April 2, 2013

NENEK DAH TUA CUU~~~

Tgah2 duk perah idea utk design tetibe aq ternyanyi lagu nie..dan boleh plak wat lirik sendiri..
tambah menambah..hahhaahaa..
Jom nyanyi lagu yg bertajuk ''Nenek dah tua cu" .. hahhahaa

(nyanyi ikut muzik nenek2 si bongkok tiga taw)

1...2....3....       

Nenek nenek si bongkok tiga~~
Siang mengantuk malam berjaga~~
Cari cucu di mana ada~~
Nenek ku nak kahwin dengan anak raja~~

Cucu cucu di mana raja~~
Raja bertakhta di singgahsana~~
Nenek nak gitau dekat baginda~~
Nek takleh kawen dengan anak dia~~

Anak raja sangatlah muda~~
Nenek pula sudah tua~~
Camne nenek nak kawen dia~~
Nanti dia jadi duda~~

~Nenek dah tua cu~~ hukhuk (batuk)



......habis.... (xdek idea dah nak sambung cmne).. hahaha 


#notakaki :xde kene mengena dgn sesiapa, cume hiburan di sini saja.. :)

Thursday, March 21, 2013

RINDUKU PADA KASIH SEORANG AYAH

Berbahagialah mereka yang masih mempunyai insan yang bergelar ayah..
Sedangkan aku hanya mampu tersenyum 
dalam kesedihan melihat mereka bergembira d samping ayah masing2..
Allah lebih sayangkan abah.. Abah dah lama sakit.. Allah tak nak abah sakit lagi..
Aku redha dengan dugaan ini..
Aku pun taknak tengok abah sakit lagi..

Semasa abah masih ada..
Setiap hari dan setiap masa, dalam hati ni selalu ada satu impian..
Walaupun tiada orang tahu isi hati ini..
Tapi biarlah hanya Dia yang Maha Mengetahui..
Impian untuk lihat abah seperti dahulu..
Tersenyum, Ketawa, bergurau bersama kami,.
Impian yang tidak tahu akan tercapai atau tak..
Tapi masih mencuba..
Dan bila berjauhan, abah selalu pesan..
"Angah, jaga diri baik-baik kat tempat orang"..
2 tahun berlalu dengan cepat..
makin hari abah dah makin tak larat..
abah dah tak boleh jalan..
abah dah makin kurus..
abah dah kurang makan..
abah dah kurang bercakap..
dan abah dah kurang tersenyum,..

Sekarang, abah dah tiada 
tapi dalam hati kami sekeluarga dia masih ada dan sentiasa ada.
Impian aku untuk tengok dan buat abah berjalan dan kembali sihat
dah pudar dan hilang..
Sekarang..
Aku dah tak dapat nak dengar suara abah,
Tak dapat nak tengok senyuman abah..
Tak dapat nak dengar ketawa abah..
Tak dpat nak bergurau dengan abah..
Tak dapat bercerita bersama abah..
Dan tak dapat berjumpa abah lagi..
Sekarang..
Aku betul2 dan terlalu rindukan kasihnya..
Kasih seorang abah..
Marah seorang abah..
sayang seorang abah..
Perihatin seorang abah..

Maafkan aku Ya Allah.. Aku terima takdir ini..
Cuma aku terlalu rindukan kasih sayang
Dari insan yang bergelar seorang abah..

Aku hanya dapat mendoakan supaya abah tenang di alam sana..
Semoga arwah di cucuri rahmat olehNya..
Ya Allah.. Sehingga hari ini aku masih mersakan kehadiran abah..
Dan saat teringatkan abah, air mata ini pasti mengalir..


"Abah.. abah sentiasa dalam hati angah...selama2nya.. tiada seorang pun dalam dunia ni mampu ganti kasih sayang abah.. dan tiada seorang pun dalam dunia ni mampu ganti tempat abah.. Abah angah hanya seorang.. "

:'(




Sunday, March 3, 2013

DIRI YANG SELALU KESEORANGAN

Tak semua orang di dunia ni akan miliki apa yang orang lain miliki..

Keseorangan..
Satu ayat yang menggambarkan betapa sunyinya satu kehidupan..
Keseorangan..
Satu ayat yang mendatangkan kesepian dalam hati seseorang..
Dan Keseorangan..
Sentiasa hadir dalam hidup ini..
sentiasa memenuhi ruang hidup ini..
Sentiasa menemani diri ini..

Betapa teruknya diri ini..
Bila berhadapan soalan "kenapa seorang je?''
Tiada jawapan senang melainkan, "dah biasa dan selalu macam ni''..

Yer.. Memang ramai orang yang boleh di jadikan kawan..
yer.. memamng ramai kawan yang boleh di jadikan teman..
tetapi
Tak ramai yang akan jadi seseorang yang di perlukan..

KEseorangan..
Bukan selalu keseorangan..
dan takkan berseorangan,..
kerana ku adaMu Tuhan.. 
Terima kasih Ya Allah.. :')

Thursday, February 28, 2013

KEBAHAGIAAN PASTI AKAN DATANG

Cemburu melihat orang lain bahagia bersama insan tersayang..
Cemburu melihat orang lain mempunyai teman-teman yang sentiasa menemani..
Cemburu melihat kesenangan yang orang lain perolehi..
Cemburu dan cemburu..

Kadang-kadang hati ni selalu tertanya-tanya..
Masih adakah kebahagiaan buat diri ini??
Kenapa aku tidak seperti mereka??
Apa salah yang aku ada buat??
Pelbagai persoalan yang tak pasti tentang jawapan..

Dan kadang-kadang semua persoalan ini hanya mampu di pendam..
Tiada siapa yang akan faham..
Biarlah senyuman palsukan segalanya..
Biarlah kebahagiaan tidak datang lagi..

Tetapi..
Ku berharap suatu hari nanti pasti ada pintu kebahagiaan untuk diri ini..
Mungkin bukan sekarang tapi suatu hari nanti.. :')
Biarlah masa menentukan..
Dan aku akan terus berdoa..
:')


Sunday, January 20, 2013

MAE AI CRYING?

It's wrong isn't that my heart desires,
To have love and the river of hope,
For this tired life..
To i've the strength once again..
I'm dissapointed by my shattered life wish..
To forget, but it seems that no one understand..
Happines is something i've only borrowed..
Living as if i don't exist,
Like i am a forgoten soul..
And matter how hurtful it's been..
I have to swallow it..
My heart is crying, but no one can hear..
My tears fall to the ground,
Slicing repeatedly into the lonely heart..
The last cry, reiterates my sorrowful life..
There isn't the person who understand me..
I want the heaven to came to take me away..
A plea from someone who's been cast out, 
The last thing i want to say is how much i love you..
I hope one day u'll understand..

-----------------------------------------------------------------------------------------------
kata2 kat atas tu adalah translate dari sebuah lagu.. hehe.. nak tahu lagu ape?? tjuk die 'MAE AE SAE EUN'.. kalo sape2 minat citer thailand mesti taw cter ni.. best gler... terbaik.. haha.. dulu cter ni penah main kat tv3.. tapi skunk dh xde.. huhu.. nak download x kesampaian lagi.. rndu nk tgok cter tu.. sedih.. huhu.. oklah.. tp lpe dh cmne MAJ pat translate lirik dia nie.. sbb MAJ pnah tulis lam buku nota MAJ.. :P

Wednesday, January 2, 2013

EH.. DAH MASUK TAHUN BARU DAH...

Pejam celik pejam celik.. kejap je dah masuk tahun baru.. 2013.. kesian 2012 dah kena tinggal... huhu.. dan skunk umur MAJ dah 22 thun.. erk cam x caya je.. =,='' .. adik dan abang MAJ siap ejek lagi suruh MAJ gi sekolah.. nampak sngat MAJ ni muda kot..**perasan giler.. haha.. 

oke.. 2013 ni mesti nak pasang azam baru kan. so azam baru MAJ xtaw lagi setakat ni sbb x pkir lagi.. haha.. xdela.. MAJ harap tahun ni lebih baik dari tahun lepas.. MAJ pom harap dapat kerja cepat2 lepas MAJ berhenti awl blan 12 hri tu xpat kje dh.. smpai skunk tanam anggur sambil siapkan lesen motor.. huhu,.. doakan MAJ supaya di bukakan pintu rezeki supaya dapat keje.. sebab MAJ kesian kat mak.. mak x kerja cume amik upah jahit baju berapa la sangat.. MAJ nak ringankan beban mak.. xnak tgok mak buat kerja brat2.. nak bagi mak merasa kesenangan dari MAJ... tapi buat mse ni MAJ xdpt nk bgi kesenangan tu lagi.. :'( InsyaAllah kalau ada rezeki MAJ nti.. Tak semestinya xkan dpat keje terus kan.. MAJ akan cuba smpai MAJ berjaya.. InsyaAllah... :) 

Tahun ni jgak MAJ nak cube berubah ckit jadi cm 'Ladies' .. erk.. =,='/' bley ke.. MAJ akan try la.. sbb MAJ bkn remaja dah skunk.. huhu.. tu je kot azam MAJ.. ad lagi tapi xpat nak ingat ape.. haha.. mlas nak taip daaa.. oke.. 

sekali lagi SELAMAT TAHUN BARU semua bloggers.... \(^.^)/