Saturday, January 27, 2018

I'M BACK AGAIN.. \(^0^)/

Assalamualaikum wbt dan Hai hai hai.....


“I AM BACK AGAIN!!!! 

in 2018

Yuhuhuhuhuhu”
Dah lame MAJ tinggalkan dunia blogger.,
Banyak sangat cerita yang nak MAJ ceritakan.,
Blog pun banyak dah kena update,, Bersawang.. Bukan setakat bersawang, berlumut, berkedut, bersepah dan semua la... hahaha

So kena la kemas balik.. kena explore semula cara nak main blog ni..
Yela dh dekat 4-5 tahun x sentuh.. ni baru nk sentuh balik..
Dari Bujang sampai Kahwin dan sampai dah beranak pinak ni baru nk post balik..
Dah lupa dah semuanye.. banyak sangat termakan semut.. hahahha

Bila terbaca balik post2 lama ni.. Teringat pulak..
Best main blog dulu2.. sekadar buat nukilan, short story, berpuisi, bergurindam,
Bermain kata dan macam2 lagi la..
MAJ suka menulis nukilan dan kata2.,,

Malas la nak taip banyak2,, Ni pun sebab anak tengah tido..
Kalo x mmg susah la nak menaip.. hahaha

Oke semua..
Stay Tuned for the next Post..

Sincerely.
MAJ







**Google images



Saturday, February 8, 2014

BERSYUKUR DENGAN APA YANG KITA DAPAT

"Eh.. Gaji RM1000 xckop la nak bayar sewa umah, nak bayar motor, nak bayar itu, nak bayar ini, nak beli itu, nak beli ini.. pot pet pot pet.. bla bla bla..." 
Itu dialog biasa je kita dengar kan masa dapat gaji atau bila nak cari kerja.. 
Gaji kena tinggi sebab nak bayar macam-macam.. Itu baru orang bujang yang tak berkeluarga lagi.. 
Camne pula kalau yang dah berkeluarga.. cukup ke gaji camtu..  
Emm.. Kdang-kadang manusia tak pernah bersyukur dengan rezeki yang mereka dapat.. 
Bak kata pepatah, beli ikut kemampuan bukan ikut kemahuan..

Teringat aku tentang diri aku ni.. 
Adik- beradik aku 7 orang..
Aku ni kira dari kalangan keluarga yang susah..
Arwah abah pencen askar dan cuma jadi Jaga sekolah...
Mak tak kerja, duk rumah ambil upah jahit baju..
Kalau ikotkan gaji dan pencen arwah abah + upah mak jahit baju mungkin baru sampai RM1000 la anggaran aku untuk sebulan..
Tolak pula dengan duit anak-anak sekolah, barang-barang anak-anak sekolah, barang-barang dapur, duit minyak motor ulang-alik kerja dan macam2 lagi.. 
Congak2 hanya tinggal berapa je kan tp cukup untuk menyara kami sekeluarga..
Masa tu kita sekolah lagi.. Mana tahu erti susah kan.. Yang kita tahu cuma minta duit nak beli tu, nak beli nie..
Emm.. Kadang-kadang arwah abah tak sempat nak beli apa-apa pun untuk diri sendiri..
Untuk anak-anak beliau, arwah abah sanggup kerja keras cari duit..
Walaupun sikit tapi duit tu cukup untuk keluarga kami..

Sekarang.. Aku dah kerja..
Kadang-kadang aku rasa gaji aku macam tak cukup untuk aku seorang..
Aku bukan kaki shopping..
Beli barang cuma ikut keperluan..
Cuma kadang-kadang tersasul ikut nafsu beli barang yang menjadi kemahuan..
tapi tu cuma sekali sekala..
Bila duit aku semakin sedikit aku terfikir, kemana duit tu habis??
Aku boros ke??
Em.. macam-macam persoalan..
Masa tu la mari dalam fikiran aku..
Betapa susahnya arwah abah dulu nak sara kami sekeluarga..
Aku yang bujang ni tak cukup belanja ni kan pula keluarga..
Ya Allah.. baru ku tahu erti kesusahan..
Baru ku tahu erti pengorbanan mencari rezeki..

Kadang-kadang manusia ni tak pernah bersyukur dengan pemberian..
Pemberian yang sedikit inilah menjadi satu erti yang besar bagi mereka yang susah..
Besyukur kita masih mampu makan..
Bersyukur kita masih mampu minum..
bagaimana nasib mereka di luar sana yang tak makan, tak minum..
Mereka kebuluran menanti makanan..
Sedangkan kita masih mampu makan walaupun dengan sepaket maggi..

Bersyukur lah kita seadanya.. Ikhlas lah dalam bekerja..
InsyaAllah.. Allah akan permudahkan semuanya..
Rezeki itu ada di mana-mana..


*Thanks google

*encik google punye

Sunday, December 8, 2013

MARAH??

Marah??
Aku marah??
Kena marah??
Rasa nak marah??

**encik google pnyer gambar


Marah..
Satu emosi yang negatif..
Satu emosi yang akan membuatkan sebelah pihak terasa hati ataupun menjadi benci dan dendam..
kadang2 emosi ni sukar untuk di lepaskan bila diri sendiri mahu jaga hati orang lain
sedangkan memakan diri sendiri..
Jadi bila marah itu di pendam pasti air mata akan mengalir
untuk meredakan marah tersebut..

Aku marah??
Ye.. Aku marah kalau sesuatu yang tidak benar terjadi kat aku..
Tapi jenis aku, aku susah nak marah kat orang
sebab aku nak jaga perasaan orang 
sedangkan orang lain susah nak jaga perasaan aku..
Kalau aku marah, aku tahan, aku tarik nafas dalam2, aku selawat banyak2, 
kadang2 aku dengar lagu 'buatmu ibu' dan lagu 'ayah' dr kump Ae-man..
sebab lagu tu buat aku ingat ttg ibubapa aku dan lupakan marah aku..
Kadang2 bila aku pendam marah aku, aku akan menangis..
Itu je cara untuk aku redakan marah aku..
Walaupun aku ni jenis panas baran..
Aku masih terfikir untuk jaga hati orang lain..

Kena marah??
Perkara yang selalu terjadi kat aku..
Jika di marah sebab salah aku, aku terima
tapi kadang2 selalu aku kena marah sebab salah orang lain..
dan kadang2 kena marah tanpa sebab..
Perkara ni yang buat aku kadang2 stress dan buat emosi aku terganggu..
Selalu jugak aku terfikir..
"kenapa aku tempat diorang nak lepas marah?"
"kenapa aku yang kena marah sebab salah orang lain?''

Rasa nak marah??
Memang fitrah manusia pasti ada perasaan nak marah kan..
Nak marah kalau benda yang kita buat betul tapi orang tuduh kita salah...
Rasa nak marah kalau apa yang kita nak x dapat..

Tapi dengan marah pun tidak semestinya semua akan oke..
cuma marah itu akan datang bila benda yang betul tetapi di salahkan..
marah cuma akan buat perasaan kita terganggu..
Buat kita lebih stress dan memberi tekanan buat diri kita..
so.. 
kalau rasa nak marah lepaskan pada orang yang buat kita marah.. hahaha..
jangan lepaskan pada orang yang tidak bersalah..
xpon.. 
bila rasa nak marah.. genggam tangan mcm penumbuk pastu tarik nafas dalam2..
dan tumbuk muka orang tu.. hahha.. eh.. xla.. salah tu..
pas tarik nafas dalam2.. pejam mata.. selawat banyak2..
InsyaAllah.. marah anda pasti redha...

:)


Doa hilang rasa marah: 


Artinya:
 “Aku berlindung kepada Allah dari godaan syaitan yang terkutuk. Ya Allah, ampunilah dosaku dan hilangkanlah kepanasan hatiku dan lepaskanlah aku dari gangguan syaitan yang terkutuk.”



Sunday, October 13, 2013

WARKAH BUAT ABAH..

ABAH..
HARI NI 13.10.2013..
GENAP SETAHUN ABAH KEMBALI KE RAHMATULLAH..
TERASA SEPERTI SEMALAM ABAH MASIH ADA DI SISI..
BERGELAK KETAWA BERSAMA KAMI ADIK BERADIK..

ABAH..
BEGITU DIRI INI MERINDUI BELAIAN KASIH SAYANGMU...
MASIH TERASA HANGAT KASIHMU ABAH..
TANPA ANGAH SEDAR..
BEGITU CEPAT MASA BERLALU..
TANPA DAPAT ANGAH KEMBALI KE MASA LALU...
UNTUK MENATAP WAJAH RIANG ABAH...
UNTUK MENATAP SENYUM DAN GELAK TAWA ABAH..
UNTUK BERCERITA SUKA DUKA HIDUP ANGAH INI ABAH..
UNTUK BERKONGSI KEGEMBIRAAN ANGAH INI ABAH..

TAPI..

ALLAH LEBIH SAYANGKAN ABAH..
ALLAH TAKNAK MAK DAN KAMI ADIK BERADIK TENGOK ABAH MENAHAN DERITA KESAKITAN..
ALLAH TAKNAK ABAH SAKIT LAMA-LAMA..


*google

ABAH.. 
TIADA SEORANG PUN DAPAT MENGGANTIKAN TEMPAT ABAH...
ABAH HANYA SEORANG SAMPAI BILA-BILA..
TIADA LELAKI YANG MAMPU MENCURAHKAN KASIH SAYANG SEPERTI BESARNYA KASIH SAYANG MU INSAN BERGELAR SEORANG ABAH,...
KENANGAN BERSAMA ABAH BEGITU BERMAKNA..
INGIN SEKALI LAGI ANGAH INGIN DUDUK DI SISI ABAH..
INGIN MENDENGAR CERITAMU ABAH..

*google

ABAH..
MATA INI MENANGIS LAGI..
BERDOSANYA ANGAH MENANGISI TAKDIR ILLAHI..
TETAPI..
ANGAH TERSANGAT MERINDUI ABAH..
RINDU YANG TAK DAPAT DI UNGKAPKAN..
AMPUNILAH DIRI INI YA ALLAH..
RAHMATILAH ABAH DI SANA YA ALLAH..
PELIHARAKANLAH DIA YA ALLAH..


Doa untuk kedua ibubapa.
"Ya Allah, ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibu bapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil"




Saturday, October 5, 2013

DI MANA ERTI PERIKEMANUSIAAN?? :'(


Aq seorang penunggang motosikal..
boleh di katakan setiap hari kalau nak gi keje pasti aq nampak kat atas jalan ad bangkai kucing yg kena langgar..
kadang2 terpikir.. 
"apa perasaan orang yang langgar kucing tu?"
"mna erti perikemanusiaan diorang?''
''x nampak ke kucing tu nak lintas jalan?''


bila tengok video2 kat luar negara..
ada yang sanggup berhentikan kereta tgah jalan dan turun selamatkan kucing yg duk tgah jalan tu..
ada yg sanggup tahan malu berhentikan kenderaan-kenderaan yang lalu smata2 nak bagi ibu itik dan anak2 itik melintas..
ada yang sanggup masuk dalam lubang yang dalam sebab nak keluarkan kucing liar yang terjatuh..
ada yang sanggup bersusah payah selamatkan anak gajah yang jatuh dalam lubang..
mereka memang berhati mulia.. :')

tapi di mana nilai murni pada diri masyarakat di sini sekarang..
yang mereka tahu..
sepak kucing yang datang nak mintak makanan..
pukul anjing yang sekadar menumpang lalu di tepi jalan..
dan macam2 kekejaman yg di lakukan kat haiwan2 yg x bersalah..

haiwan2 tu pun punya perasaan seperti manusia..
masih akan merasa kesakitan bila di pukul..
masih akan merasa kelaparan bila tiada makanan..
masih akan merasa kehausan bila tiada air untuk di minum..

Apalah salahnya menghulur sedikit makanan buat mereka..
Rezeki kita tidak akan habis sekiranya kita membuat kebaikan untuk mereka..
Mereka akan berdoa untuk kita..

Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud, 
“Sayangilah sesiapa sahaja yang ada di bumi, nescaya kalian disayangi sesiapa sahaja yang ada di langit.” 
(Hadis riwayat Tabrani dan al- Hakim)

Ya.. tidak semua tiada hati dan pperasaan..
masih ada lagi mereka yang mempunyai hati yang begitu mulia..
sanggup di caci dan di hina untuk selamatkan haiwan2 yang terbiar..
haiwan2 yang di anggap pengotor di kedai makan..
haiwan2 yang di anggap najis yang tidak bleh di bersihkan..

Daripada Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda bermaksud, “Dalam masa seorang lelaki (pengembara) sedang berjalan di sebatang jalan terasa makin bertambah dahaganya lalu didapatinya sebuah perigi, dia pun turun ke dalamnya lalu minum kemudian naik semula. Tiba-tiba dilihatnya seekor anjing sedang termengah-mengah terjelir lidahnya sambil menjilat tanah basah kerana dahaganya. (Melihatkan yang demikian) lelaki itu berkata: “Sesungguhnya anjing ini sedang menderita dahaga seperti yang telah aku rasakan.” Dia pun turun ke dalam perigi, lalu mengisi penuh sarung kakinya (yang diperbuat dari kulit kambing) dengan air, kemudian dia membawanya naik dengan menggunakan giginya hingga naik semula. Lalu diberinya minum anjing itu. Maka, Allah menerima amalnya yang baik itu, lalu mengampuni dosanya.” Sahabat Baginda bertanya, “Ya Rasulullah adakah kami akan mendapat pahala juga jika berbuat baik kepada haiwan itu?” Baginda menjawab, “Pada tiap-tiap (makhluk yang hidup) yang lembut basah (daging) hatinya ada pahala (bagi orang yang berbuat baik kepadanya).” (Hadis riwayat Muslim)



Sayangilah mereka..
mereka pun makhluk Tuhan..
Ciptaan Allah SWT..
cuma kurangnya mereka,..
tidak mempunyai akal seperti kita untuk berfikir..
Kita yang mempunyai akal dan fikiran..
pasti dapat menilai erti kemanusiaan.. :')

*google picture