Wednesday, August 24, 2011

PERLU PILIH YANG MANA?

Pada suatu hari di sekolah.. seorang murid bertanya kepada gurunya.. ketika itu guru tersebut sedang mengajar mengenai kasih sayang..


PELAJAR : "Cikgu macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang yang paling kita sayang?? Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan??"


CIKGU : "Ok. Kamu ikut apa yang saya suruh. kamu pergi ke padang. kamu berjalan di atas rumput sambil memandang rumput di depan kamu. Pilih yang PALING cantik tanpa menoleh lagi walau sekali.. Dan petik rumput yang PALING cantik dan bawa ke kelas..


Apabila pelajar tersebut pulang ke kelas, tiada sehelai rumput pun di tangan nya. Cikgu bertanya, kenapa tiada rumput yang di pilih??


PELAJAR : Tadi masa saya berjalan saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun teruslah berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi, sampai di penghujung padang, saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang belakang saya tadi rumput yang paling cantik tapi dah cikgu kata tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang boleh saya petik.


CIKGU : Ya, itulah jawapannya. Makanya apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita mencari lagi yang lebih baik dari itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Jangan kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap berlaku. Semoga yang berlalu tidak berulang lagi. Ingatlah orang yang paling kita sayang itulah yang paling cantik dan paling baik seperti rumput tadi..




No comments: