Saturday, March 31, 2012

KAWAN PUN BOLEH JADI MUSUH

Sape kate smue kawan tu akn bersama dan xkan ada pertelingkahan mahupun salah faham.. perkara ni terjadi apabila masing-masing nak menangkan diri sndri sdangkan kesalahan diri sendri mreka x sedari dan menafikannya.. tuduh-menuduh dan menuding jari seringkali terjadi.. memang mula-mula berkawan nampak masing-masing xkan jadi musuh tapi apabila timbul salah faham dan menangkan ego sendiri.. KAWAN PUN AKAN NAMPAK cam MUSUH..

Memang tidak baik kalau kita tidak bertegur sapa antara satu sama lain tapi jikalau kita sendiri di endahkan dan selalu terpaksa mengalah dengan sikap mereka, ini akan membuatkan diri mereka bertambah ego kerana menganggap setiap pergaduhan berpunca dari kita dan menganggap diri mereka tiada salah sedangkan kesalahan berada d kedua-dua belah pihak...

Siapa yang inginkan pergaduhan dan mencipta permusuhan.. sedangkan Allah tidak menyukai hambaNya yang bermusuhan dan menyukai pendamaian...

KAdang-kadang kita akan terfikir, mengapa kawan sendiri akan jadi lawan kita.. sebab mereka tidak betul-betul memahami diri kita seadanya.. walaupun lame berkawan tapi tidak semestinya mereka mengenali hati budi masing-masing.. Jikalau betul-betul mereka memahami antara satu sama lain.. xkan timbul pergaduhan dan pertelingkahan mahupun sedikit kerana masing-masing sudah mengenali sikap dan sifat seorang itu..

Aku juga mengakui yang diri aku banyak salah dan silap sepanjang berkawan.. Tapi kadang-kadang terasa seperti di tindas.. Terasa semua kesalahan terletak di atas diri aku sedangkan aku cuba untuk memahami mereka.. Tiada siapa yang akan paham diri aku sebetulnya.. mungkin ada yang paham tpi bukan sepenuhnya.. Jika mereka faham diri aku mereka akan faham siapa aku.. Tapi jujur aku katakan bahawa aku tidak mahu mencipta permusuhan dan pergaduhan.. AKU BUKAN MAHUKAN KAWAN KETIKA SENANG SAJA TAPI AKU MAHUKAN SAHABAT YANG AKAN PAHAM DIRI AKU SEADANYA AKU.. SAHABAT YANG AKAN MEMINJAM BAHU MEREKA UNTUK AKU.. wujudkah sahabat seperti itu skarang?? em.. harap begitula..

No comments: