Sunday, September 30, 2012

HATI TETAP KUAT

Hati.. 
Anugerah yang patut kita kagumi..
Banyak perasaan pergi ke hati..
Gembira, sedih, marah, risau, cinta, sakit, keseorangan dan terluka..
Mungkin tanpa kita sedari hati kita berdarah dan terluka..
Dan mungkin jika kita dapat melihat dengan mata kasar hati kita, 
banyak tampalan-tampalan dan kesan jahitan untuk sembuhkan hati kita,.
Kuatnya hati kita ini..
Tuhan anugerahkan kita hati untuk kita merasai semua perasaan..

Hati..
pandai menyembunyikan diri sendiri..
memberitahu luaran diri supaya tabah dan sentiasa mengukirkan senyuman..
meskipun hati sudah sakit..
tetapi hati tetap kuat..

Semoga Allah sentiasa kuatkan hati ini untuk semua dugaan dan ujian meski sakit dan berdarah..
kerana Allah sentiasa di sisi untuk merawat hati yang sakit..
bersyukurlah..


No comments: