Friday, October 5, 2012

TENTANG SEORANG AYAH

Hari tu MAJ terbace satu article ni.. article "APA YANG ANDA TAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH" .. Jadi MAJ pom nak berkongsi cerita ini dengan korang.. 

"APA YANG ANDA TIDAK TAHU TENTANG SEORANG AYAH"

Mungkin ibu lebih kerap menelefon untuk menanyakan keadaan kita setiap hari.. Tapi tahukah kita, sebenarnya ayahlah yang mengingatkan ibu untuk menelefon kita??
Semasa kecil, ibu lah yang sering ,mendukung kita.. Tapi tahukah kita bahawa sebaik sahaja ayah pulang bekerja dengan wajah letih ayahlah selalu menanyakan apa yang kita lakukan seharian..
Saat kita sakit atau demam, ayah sering membentak "sudah di beritahu! jangan minum ais!". Tapi tahukah kamu bahawa ayah sedang risau??

Ketika kita remaja, kita meminta izin untuk keluar malam.. ayah dengan tegas berkata "tidak boleh!!".. Sedarkah kita bahawa ayah hanya ingin menjaga kita?? Kerana bagi ayah kita adalah sesuatu yang berharga..
Saat kita sudah di percayai, ayah pun melonggarkan peraturannya.. Maka kita telah melanggar kepercayaannya.. Maka ayah lah yang setia menunggu kita di ruang tamu dengan rasa sangat risau..

Setelah kita dewasa, ayah telah menghantar kita ke sekolah atau kolej untuk belajar.. Di saat kita memerlukan ini dan itu, untuk keperluan kuliah kita, ayah hanya akan mengerutkan dahi tanpa menolak, beliau cuba memenuhinya..
Saat kamu berjaya, Ayah adalah orang pertama yang berdiri dan bertepuk tangan untukmu.. Ayah akan tersenyum dengan bangga..

Sampai ketika jodoh kita telah datang dan meminta izin untuk mengambil kita dari ayah.. Ayah sangat berhati-hati mengizinkannya.. Dan akhirnya.. Saatayah melihat kita duduj di atas pelamin bersama pasangan kita.. Ayah pun tersenyum bangga..

Apa kita tidak tahu bahawa ayah sempat pergi ke belakang dan menangis..

Ayah menagis kerana ayah sangat bahagia.. Dan dia pun berdoa "Ya Tuhan, tugasku telah selesai dengan baik.. Bahagiakanlah putra putri kecilku yang manis bersama pasangannya"..

Setelah itu ayah hanya akan menunggu kedatangan kita bersama cucu-cucunya yang sesekali datang untuk menjenguk.. Dengan rambut yang memutih dan badan yang tidak lagi kuat untuk menjaga kita.. SEKIAN..


No comments: